Makanan tradisional di Sabah

 Makanan tradisional yang terdapat di Negeri Sabah mempunyai kepelbagaian dan keunikkan yang tersendiri.Setiap makanan tradisional ini merupakan warisan turun temurun daripada nenek moyang kehidupan mereka dari segi pembuatan,bahan-bahan dan sebagainya.Sehingga ke hari ini makanan tradisional tersebut masih mendapat sambutan daripada kalangan masyarakat dari segala lapisan tidak mengira umur atau bangsa.Untuk mengenali dengan lebih dekat berkaitan dengan makanan tradisional yang ada di sabah kita akan melihat beberapa etnik majoriti yang ada di negeri tersebut.

KAUM DUSUN

1.BOSOU


Bosou merupakan salah satu makanan yang terkenal dalam masyarakat Dusun di Sabah sebagai pembuka selera atau sebagai lauk sampingan.Bosou ini biasa ditemukan di kawasan pasar atau tamu.cara penyediaan bosou ini agak mudah dan ramuan yang diperlukan ada sangat sedikit iaitu nasi,garam ikan dan buah kepayang.pertama sekali bersihkan ikan dan buah kepayang lalu potong ikan tersebut kepada potongan yang kecil kemudian potong buah kepayang lalu campurkan semua bahan dengan sebati dan gaulkan.Seterusnya bosou ini diperap selama beberapa hari sebelum sedia untuk dihidangkan.


2.TUHAU


Tuhau ada sejenis tumbuhan yang tumbuh di kawasan pedalaman Sabah.ia merupakan salah satu keluarga dari jenis haliah.walaupun terlihat keras namun tumbuhan tersebut adalah lembut.hidangan ini kebiasaanya menjadi hidangan sampingan untuk dijadikan tempat untuk mencicah lauk atau sayuran dan sebagainya.bahan yang diperlukan untuk mmebuat tuhau ini ialah kita perlulah mempunyai tuhau,limau,ladah padi,garam dan cuka.cara penyediaannya ialah pertama sekali potong tuhau tersebut sehingga ia menjadi hirisan kepingan kecil kemudian masukkan lada,limau, cuka,dan garam dengan secukupnya lalu kacau dengan sebati.

3.LINOPOT/LINAPOD


Linapoddalam bahasa dusun ialah pembungkus secara umunya,nasi ini merupakan salah satu keunikkan tradisi turun temurun kaum dusun di Sabah.Makanan ini unik kerana ia menggunakan beras yang di tanam di kawasan bukit kemudian dikukus bersama ubi manis,ubi kayu,dan sebagainya lalu dibungkus dengan daun tarap tarap atau daun timadang untuk memberi aroma wangian yang memikat kepada orang.bahan yang diperlukan untuk membuat hidangn ini ialah beras bukit,daun tarap atau timadang,kemudian ubi manis atau labu manis.caranya menyediakan hidangan ini mudah sahaja campurkan beras bukit bersama dengan ubi  mani atau labu manis kemudian setelah selesai mengukus ia dibalutkan dengan darpun tarap atau timadang untuk memberi aroma yang menarik.

4.LOSUN/LOKIO/SAYUR CAMPUR


Losun atau nama panggilannya yang lain Lokio merupakan salah satu jenis tanaman daun bawang yang dijadikan sebagai salad atau sayur campur dengan sayuran yang lain seperti lada putih,bunga kantan,kemudian dimasak dan ditambahkann sedikit garam untuk penambah rasa dalam makanan tersebut.


5.LADAH PUTIH


Ladah putih merupakan makanan yang popular tidak asing bagi suku kaum dusun kerana ladah ini sering dimasak bersesuaian dengan lauk yang ingin dihidangkan iaitu dengan camputan sardin,ikan masin,kulat dan sebagainya.ladah ini boleh dimasaj dengan cara memotong atau memasukkan semua bahagian secara terus.



KAUM SULUK

 1.TIULA ITUM




Masakan ni merupakan makanan tradisi kaum Suluk dan Bajau di Pantai Timur Sabah. Makan ini berasal dari Tawi-tawi Filipina dan terdapat dalam pelbagai versi.


Bahan utama : Daging.


1. 1/2 isi kelapa tua yang di bakar kemudian di kisar / di tumbuk halus.

2. 1 inci Halia. Di kisar.

3. 1 inci Lengkuas. Di kisar.

4. 4 ulas Bawang putih. Di kisar.

5. 3 ulas bawang merah. Di kisar.

6. Air kelapa tua dari sebiji kelapa.

7. 2 biji tomato. Di belah empat.

8. 1/2 sudu makan serbuk kunyit.

9. 1 lembar daun kunyit. Di mayang halus.

10. Garam dan aji.

11. 2 batang serai.

12. 1 sudu teh Lada sulah.

12. 1 biji kering.




Cara-cara :

1. Tumiskan Lengkuas dan Halia hingga agak kering kemudian mamsukkan Bawang merah, Bawang putih, Lada sulah dan Serai. Tumiskan hingga terbit bau atau kesemua bahan agak keperangan.


2. Masukkan air kelapa dan kelapa bakar bersama buah tomato dan daun kunyit.


3. Masukkan daging dan cili kering serta masak dengan api sederhana. Perasakan sebelum dihidang.


4. Kalau mahu lebih kuah, tambahkan air biasa.


5. Kalau mahu tambah asam jawa pun boleh juga.


2.  PUTU



Putu juga merupakan salah satu makanan tradisional yang terdapat di Sabah. Putu adalah makanan yang sangat popular dikalangan suku kaum Bajau di daerah Sandakan, Tawau dan Lahad Datu, Sabah.

Putu atau dipanggil juga dengam nama piutu merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah dan ia adalah makanan yang dibuat daripada ubi kayu yang telah diparut dan diperah airnya lalu dikukus. Putu atau piutu adalah makanan tradisi suku kaum Bajau yang sangat popular, terutamanya bagi mereka yang tinggal di sebelah Bahagian Pantai Timur Sabah seperti di Semporna, Lahad Datu, Sandakan dan juga di Tawau.

Biasanya putu tiada rasa, cuma rasa tawar saja, oleh itu putu biasanya akan dimakan bersama hidangan atau lauk pauk lain agar lebih sedap iaitu seperti makan bersama Sagol, ikan panggang, ayam panggang dan beberapa lagi makanan tradisional Bajau lain yang kebanyakkannya adalah makanan dari sumber makanan laut. Antara bahan untuk buat putu ialah :

Bahan-bahan :


01. Ubi kayu
02. Parutan


Cara penyediaannya :

01. Buang kulit ubi kayu
02. Cuci bersih ubi tersebut
03. Parut ubi kayu tersebut
04. Perah dan buang airnya
05. Kukus atau stim ubi yang diperah tadi 
06. Tunggu sehingga masak

Setelah masak, terpulang kepada anda untuk membentukkannya, ada yang biar ia seperti nasi, ada yang mampatkan menjadi bulat panjang dan diletak dalam plastik jernih. Putu mempunyai tekstur atau rupa bentuk yang kenyal dan sedikit melekit namun ia mempunyai rasa yang sedap, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama hidangan lain. 

Kini Putu bukan sahaja menjadi makanan untuk kaum Bajau, namun kaum lain di Sabah juga semakin ramai yang menyukai makanan ini. Maka tidak hairanlah semakin banyak Putu yang dijual dipasar malam di 


3.AGAR-AGAR


AGAR- AGAR ni adalah makanan etnik suku kaum Suluk di sini..dihidangkan dengan pelbagai menu bakar seperti ikan/sotong/udang/ketam yang dibakar..fuh..telan air liur menyebut semua tu.



Agar-agar yang dicampur dengan mangga muda, hirisan bawang besar dan tomato. Kemudian bubuh garam, perahan limau kasturi, kicap dan cili padi. Lagi pedas lagi, memang sedap sangat tu.


RESEPI: RUMPAI LAUT@AGAR-AGAR

Rumpai laut

Sedikit mangga muda - potong nipis

1-2 biji tomato - potong halus

Sedikit bawang besar - hiris nipis

Cili padi - banyak ikut suka

3-4 biji limau kasturi

Sedikit garam

Kicap





CARA MEMASAKNYA:

- Bersihkan rumpai laut dan potong. Ramas dengan garam dan celur dengan air panas kemudian toskan.

- Gaulkan semua bahan dan perah air limau

- Sedia untuk dimakan


1. Menguatkan sistem imunisasi tubuh
2. Menjaga kesihatan hati, jantung dan buah pinggang
3. Kaya dengan protein kolagen
4. Mengandungi kebaikan Omega-3 yang baik untuk sel-sel otak
5. Meningkatkan kesihatan tulang dan fungsi sendi
6. Mengandungi anti-oksidan
7. Mencegah dan mengurangkan selulit


Khasiat utama rumpai laut ialah kaya dengan vitamin dan mineral seperti vitamin C, magnesium dan kalsium. Merupakan tumbuhan semulajadi yang mengandungi pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh badan dan sangat baik untuk kulit. Nilai rumpai laut jauh lebih baik daripada sarang burung, sirip yu dan yam. Lendir dalam rumpai laut adalah 10 kali ganda khasiat sarang burung dan sirip yu.( sumber: baniza.com )


KAUM BAJAU

1.KUIH PENJARAM


   kuih ini sering disediakan ketika masyarakat Bajau mengadakan majlis-majlis kesyukuran. kuih ini mempunyai rasa yang manis dan berlemak. Bahan-bahan yang diperlukan dalam menghasilkan kuih ini adalah tepung beras, tepung gandum, gula merah, gula putih dan daun pandan.


2.LATO'


lato’ ,lato’ atau anggur laut merupakan makanan tradisi kaum bajau. makanan ini selalunya akan dimakan bersama sambal dan ikan bakar.


3.TOMPEK


Tompek,tompek adalah sejenis makanan yang berasaskan ubi kayu. ubi kayu yang telah siap diparut juga akan dibuang airnya kemudian digoreng tanpa minyak.


4.KUIH PASUNG


Kuih Pasung, Kuih pasung adalah kuih tradisi kaum Bajau di bahagian Pantai Timur Sabah. ia sering disajikan ketika majlis-majlis kenduri. kuih ini berbentuk kon aiskrim yang dibaluti dengan daun pisang dan kuihnya berwarna hijau. Bagi menghasilkan kuih ini, ia perlu dikukus sehingga masak. Bahan-bahan untuk membuat kuih ini adalah gula melaka, tepung beras, daun pandan dan tepung ubi.


5.IKAN LIKING


Ikan liking, Ikan liking adalah makanan tradisi masyarakat Bajau terutamanya di Kota Belud. ikan ini akan dijeruk serta diperam bersama garam. Proses menyediakan makanan ini adalah dengan menggunakan ikan talang yang dibiar buruk terlebih dahulu kemudian diperap dengan garam.














Comments